web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10 Rumah Setinggan Atas Air Musnah Terbakar Di Tanjung Aru Baru

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 12:22PM

Tinggalan rumah yang hangus terbakar di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu awal pagi tadi. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kira-kira 10 rumah setinggan atas air jenis tidak kekal, musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, awal pagi hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah dalam kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 7.08 pagi melalui talian Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999).

“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira 4km dengan dibantu BBP Penampang,” menurut kenyataan itu hari ini.

Seramai 40 anggota bersama kekuatan logistik berjaya membuat pemadaman dengan teknik ‘Offensive Firefighting/Fire Break’ bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran sekali gus menyelamatkan puluhan rumah daripada musnah.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan berasingan memaklumkan dua daerah terlibat insiden kebakaran iaitu Kampung Panji Darat di Semporna semalam (5 Julai) dan Kampung Tanjung Aru Baru di Kota Kinabalu, hari ini.

Rentetan itu, sebuah pusat pemindahan Dewan Belia dan Sukan di Semporna dibuka bagi menempatkan 37 mangsa manakala di Kampung Tanjung Aru Baru, proses mengenal pasti mangsa kebakaran sedang dijalankan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan