web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ceroboh Malaysia Tangkap Gamat, 5 Nelayan Vietnam Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 9:46PM

Muhd Nur Syam (kiri) menunjukkan gamat yang dirampas dan menahan lima nelayan Vietnam pada jarak 42.7 batu nautika dari muara Tok Bali, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Harga gamat yang tinggi di Vietnam sehingga mencecah RM1,000 sekilogram menyebabkan nelayan negara itu sanggup menceroboh perairan Kelantan, demi menangkap hidupan laut berkenaan.

Namun tindakan tersebut membawa padah apabila lima nelayan mereka termasuk seorang tekong ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sekitar jam 6.10 petang di jarak 42.7 batu nautika dari muara Tok Bali di sini, kelmarin.

Pengarah Maritim Kelantan, Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, operasi Op Naga Barat dan Op Damai itu turut merampas 200 kilogram (kg) gamat, lebih 2,000 liter diesel lebih 2,000 liter dan sebuah bot dengan nilai keseluruhan RM300,000.

Katanya, sebelum serbuan, bot ronda Maritim Malaysia mengesan bot berkenaan sekitar jam 5.55 petang yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan.   

"Menyedari dirapati agensi penguatkuasa, bot yang dinaiki lima nelayan Vietnam berusia antara 25 hingga 38 tahun itu cuba melarikan diri dengan bertindak melepaskan tali ke air untuk mengelak daripada ditahan.  

"Mereka bagaimanapun berjaya dipintas dan ditahan, sebelum pemeriksaan mendapati kesemua nelayan terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya pada sidang media di Jeti Maritim Malaysia di Tok Bali di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua nelayan dan bot itu ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Negeri Kelantan untuk disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap hasil laut atau cuba menangkap hasil laut tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM6 juta untuk tekong, manakala RM600,000 ke atas setiap awak-awak" katanya.

Muhd Nur Syam Asmawie berkata, harga gamat basah di negara ini mencecah RM60 sekilogram dan gamat kering RM500 sekilogram.

Katanya, sehingga kelmarin pihaknya merampas 17 bot nelayan termasuk empat milik nelayan tempatan dan hasil tangkapan iaitu ikan, gamat, rokok dan diesel dengan nilai keseluruhan RM13 juta.

Beliau berkata, sebarang maklumat boleh terus  disalurkan melalui  talian Malaysia  Emergency  Response Services (MERS) 999  atau  Pusat Operasi Maritim Kelantan di nombor 09-7780070. – Getaran, 6 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Jelajah 3 bulan yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan