web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Insiden Pekerja Lompat Pagar Sebuah Syarikat Bukan Lari Dari Operasi - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 8:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Insiden kononnya pekerja melompat keluar pagar sebuah syarikat kurier di Seksyen 22, dekat sini petang tadi dan melarikan diri, bukanlah kerana operasi pihak berkuasa tetapi susulan panik mendengar bunyi penggera kebakaran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata, kejadian yang berlaku sekitar 4.30 hingga 5 petang tadi itu, berpunca daripada gangguan ‘false fire alarm trigger’ syarikat berkenaan, dan ia dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian.

Baharudin berkata, bunyi penggera tersebut membuatkan ramai pekerja panik dan melarikan diri, ekoran takut sekiranya berlaku kebakaran di syarikat berkenaan.

“Kejadian viral dalam video yang menunjukkan ramai pekerja lompat pagar lari dari syarikat itu petang tadi, bukan kerana operasi atau apa-apa serbuan pihak penguat kuasa.

“Memandangkan syarikat tersebut masih baru sejak diambil alih lebih kurang sebulan lalu, ramai pekerja serta pengurusan belum didedahkan dengan ilmu ‘fire drill’, seperti tempat berhimpun dan pelan evakuasi (sekiranya berlaku kebakaran dan bencana),” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 57 saat di media sosial, yang mendakwa pekerja sebuah syarikat kurier di Seksyen 22, dekat sini melompat dan memanjat pagar melarikan diri, daripada operasi yang dilaksanakan pihak berkuasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan