web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pesara Dalam Kejadian Samun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 8:23AM

Kempat-empat lelaki terbabit mengaku tidak bersalah. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam, atas pertuduhan membunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr Wan Hassan Wan Embong, dalam kejadian samun di kediamannya, tahun lepas.

Pengawal keselamatan S Vickeswaran, 23, penghantar surat P Kogilan dan penganggur M Ravindran, masing-masing berumur 24 tahun serta juruelektrik, T Sugu, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa, ketika sebutan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama telah melakukan bunuh, dengan menyebabkan kematian terhadap Wan Hassan, 73, di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya di sini, antara 3.35 pagi dan 4 pagi 29 Nov lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seorang daripada tertuduh, Ravindran juga mengaku tidak bersalah telah mencederakan isteri Wan Hassan iaitu Sarifah Yusof, 71, menggunakan sebilah parang di tempat dan masa sama, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Selain itu, mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan, menggunakan parang dan tukul besi ke atas jurutera Mohd Muzaffar Zulkifli Martin, 34, membabitkan kerugian kira-kira RM38,000 di sebuah rumah di Taman Tiara Titiwangsa, Setapak di sini, pada tarikh sama antara 4.12 pagi dan 5.30 pagi, mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan.

Mahkamah menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan semula kes, dan prosiding perbicaraan kesemua kes itu ditetapkan pada 7 dan 11 Feb, 14 hingga 18 Feb dan 21 hingga 25 Feb tahun depan.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa maut akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya, manakala isterinya cedera akibat ditetak dengan parang di tangan kanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan