web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Morotarium, Lanjut Pinjaman Tidak Akan Bantu Kurangkan Beban

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 1:05PM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institusi perbankan tidak wajar melanjutkan tempoh pembiayaan semula pinjaman moratorium melebihi enam bulan kerana langkah itu menyebabkan peminjam terbeban pada masa depan.

Pakar Ekonomi di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, institusi terbabit juga tidak seharusnya meningkatkan kos keseluruhan pinjaman itu bagi memastikan individu tidak berdepan kesukaran kewangan lebih lama.

“Bila mahu bantu, kena tengoklah apa diberikan itu membebankan atau tidak pada masa depan.

“Jika mahu melanjutkan tempoh pembayaran semula pinjaman kewangan peminjam ini lebih enam bulan atau sehingga dua tahun, baik tidak payah beri bantuan moratorium,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Prof Dr Shazali Abu Mansor
Prof Dr Shazali Abu Mansor

Beliau berkata, institusi perbankan seharusnya mengadakan rundingan secara teliti dan bertolak ansur dengan peminjam dalam segala aspek berkaitan pemberian morotarium, bagi memastikan tawaran diberi tidak menyulitkan keadaan mereka yang sedia terdesak.

“Sepatutnya pemberian moratorium ini mewujudkan situasi ‘menang-menang’ kepada kedua-dua pihak, iaitu bank terus menerima bayaran semula sebaik bantuan itu diberikan dan peminjam tidak terbeban membayar pada masa depan.

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi kenyataannya semalam menjelaskan, pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman seperti moratorium bakal menyebabkan kos pinjaman individu meningkat secara keseluruhan, kerana faedah atau keuntungan akan terus terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman tertangguh.

“Dalam berdepan situasi COVID-19, semua pihak harus saling membantu, bukan satu pihak susah, manakala satu pihak untung.”

Sehubungan itu, BNM menyatakan, institusi perbankan dikehendaki memberikan penerangan kepada peminjam mengenai kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.

Mengulas lanjut, Shazali berkata, institusi perbankan pada dasarnya boleh mempraktikkan beberapa pendekatan, antaranya mengenakan separuh daripada faedah bayaran ditetapkan ketika perjanjian ditandatangani atau pada kadar paling minimum untuk membantu peminjam yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Jika bantuan moratorium diberikan selama enam bulan, seharusnya pembiayaan semula dipanjangkan dalam tempoh sama, kenapa perlu dilanjutkan lebih lama.

“Sepatutnya institusi perbankan kena adil dan jangan ambil keuntungan daripada kesusahan rakyat, malah dalam berdepan saat sukar akibat pandemik ini, semua pihak harus

“Dalam berdepan situasi COVID-19, semua pihak harus saling membantu, kena sama-sama susah, bukan satu pihak susah, manakala satu pihak untung,” katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata berdasarkan prestasi kewangan institusi perbankan pada tahun lalu tetap mencatatkan keuntungan, termasuk jumlah pinjaman baharu turut meningkat.

Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Pencapaian itu, katanya, tidak sepatutnya menjadi masalah kepada institusi berkenaan untuk melanjutkan tempoh pembayaran semula pinjaman individu dan mengenakan caj tambahan terhadap kadar faedahnya.

Jelas beliau, pinjaman yang membabitkan kadar faedah secara tetap atau tidak sepanjang tempoh perjanjian, kenaikan tidak wajar dikenakan kerana peminjam dianggap terkecuali dalam jangka masa berkenaan.

“Bagi saya pelanjutan jangkamasa bayaran semula melebihi tempoh pemberian moratorium memang tidak dan menyebabkan peminjam terpaksa tandatangan perjanjian baharu.

“Jika boleh institusi perbankan perlu memberi pilihan kepada peminjam sama ada mahu melanjutkan tempoh dan kadar pembayaran dan melakukan penstrukturan pinjaman.

“Moratorium ini kita tahu lah individu akan tetap terkesan lebih enam bulan, tetapi ada juga tidak terkesan sangat tetapi mungkin masih mengharapkan pembayaran bulanan tidak terlalu tinggi,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Bank Disaran Terus Bantu Individu Dan PKS Yang Memerlukan - PM Anwar

3

TARA 1 tahun yang lalu

Kawan-Kawan Selalu ‘Flex’ Kemewahan Sehingga Anda Terkesan? Ini 5 Tip Untuk Atasi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tempoh Permohonan Geran Kewangan MITRA Dilanjut Ke 28 Mei

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad