web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Insiden Telefon Pintar Percuma Terbakar Di Perak - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 3:16PM

Saarani berkata tiada laporan tentang telefon pintar yang diberi secara percuma terbakar di Perak. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan negeri Perak tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden telefon pintar yang diberikan secara percuma terbakar setakat ini, kata Menteri Besarnya Datuk Saarani Mohamad.

Beliau berkata sebaliknya, terdapat permintaan daripada pelajar dan keluarga agar sumbangan telefon pintar itu diperluas dan diperbanyak.

“Saya tidak tahu berlaku di mana telefon pintar yang terbakar atau meletup, setakat yang telah kita edarkan kepada pelajar-pelajar belum ada laporan (terbakar) di Perak.

“Malahan permintaan ke atas telefon ini semakin tinggi. Jumlahnya (permintaan) saya tiada lagi tetapi ia semakin meningkat,” katanya dalam sidang media secara maya di pejabatnya hari ini.

Menurut Saarani pemberian telefon pintar percuma oleh Yayasan YTL kepada golongan B40 menerusi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) itu masih diteruskan susulan peningkatan permintaan bagi memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sebelum ini dilaporkan, sebanyak 20,000 unit telefon pintar akan diberikan kepada pelajar golongan B40 menerusi program TCS dan setakat 16 Jun lepas, kerajaan negeri telah menerima 13,000 unit telefon pintar berkenaan yang sudah mula diedarkan kepada pelajar yang disenaraikan oleh pejabat pelajaran daerah masing-masing.

Semalam, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman Twitternya berkongsi tangkap layar seorang warga maya yang mendakwa telefon pintar yang dibekalkan kerajaan kepada pelajar telah terbakar dan mempersoalkan mengapa telefon pintar berkenaan belum ditarik balik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Kontroversi Keputusan Triathlon: Syed Saddiq Mohon Maaf, Akui Kesilapan

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

3

Politik 6 bulan yang lalu

Jelajah PN Bukti Syed Saddiq Seorang Oportunis - Sumber

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Sekolah Di Pulau Pinang Dibenarkan PDPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad