web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Haiwan Peliharaan Pak Mie Shelter Akan Dipindahkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2021 1:19PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pusat perlindungan haiwan yang  lebih dikenali sebagai Pak Mie Shelter milik Allahyarham ‘Pak Mie’ akan dipindahkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ke satu penempatan sementara di Jeragan.

Menurut MBAS, sebuah syarikat perparitan bersetuju untuk membina sebuah penempatan sementara di atas tanah miliknya sebagai satu projek tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.

Pembinaan penempatan itu akan bermula Isnin minggu depan dan dijangka siap dalam masa dua hari. Spesifikasi strukturnya akan berpandukan standard yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah.

“MBAS dan Jabatan Veterinar akan memindahkan anjing-anjing dan kucing-kucing terbabit ke penempatan sementara itu pada 18 dan 19 Februari ini,” kata MBAS dalam satu kenyataan.

Pak Mie Shelter diusahakan oleh Halijah Idris, 73, atau lebih mesra dengan panggilan 'Mak Intan'  dan suaminya, Allahyarham Md Azmi Ismail pada 1990. Namun Halijah meninggal dunia pada 10 Februari lalu manakala suaminya meninggal dunia pada 2015.

Sejak kematian Mak Intan, pusat perlindungan haiwan itu dibelenggu ketidaktentuan. Ketika Mak Intan uzur, anaknya Mejar (B) Badirol Hisham Ramli yang mengambil alih menjaga pusat berkenaan.

Namun masalah kewangan menjadi kekangan kepada Badirol untuk menguruskan pusat terbabit.

Dalam pada itu, MBSA berkata, keputusan tersebut dibuat dalam satu mesyuarat pada 11 Februari lalu yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad dan turut dihadiri pegawai dari Jabatan Veterinar serta Jabatan Perparitan.

''Setiap haiwan di bawah jagaan Pak Mie Shelter akan diberi suntikan vaksin untuk mencegah penyakit anjing gila. Kos vaksin tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh MBAS,'' kata kenyataan terbabit.

MBAS juga, katanya mengalu-alukan mana-mana individu yang ingin membela anjing dan kucing di pusat perlindungan tersebut.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Pengarah Kesihatan Persekitaran MBAS, Halim Md Akhir di talian: 04-732 3952. – Getaran, 13 Februari, 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini