web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Allah, Pemuda PAS Terengganu Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 9:21PM

Pemuda PAS hari ini membuat laporan terhadap pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang susulan kenyataan ‘Kerajaan Allah’.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pemuda Pas Terengganu hari ini membuat laporan polis terhadap veteran DAP, Lim Kit Siang susulan kenyataan kontroversi mengenai ‘Kerajaan Allah’.

Ketua Pemuda Pas negeri Nasir Abdul Razak membuat laporan itu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Menurut Nasir, perbuatan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dianggap biadap dan PAS melihat ia sebagai satu cubaan untuk memesongkan akidah umat Islam.

“Kita tuntut tindakan tegas diambil terhadap ahli Parlimen DAP itu kerana beliau secara sedar dengan niat tidak baik sengaja menghina Allah SWT.

“Beliau juga dilihat sengaja menghasut dan mengelirukan akidah umat Islam supaya mempertikaikan kuasa Allah,” katanya kepada media di sini.

Nasir berkata, kenyataan dibuat Kit Siang juga boleh mencetuskan ketidakharmonian, perpecahan dan ketegangan antara agama.

Pemuda PAS jelas beliau lagi, tetap mendesak pemimpin DAP itu dikenakan tindakan tegas walaupun kenyataan tersebut telah ditarik semula.

“Kita tetap mahu beliau disiasat dan diambil tindakan tegas. Ini sebagai pengajaran untuk beliau,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 3 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan