web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19 Cetus Andaian Kewujudan Virus Tempatan - Pakar Virologi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 8:08AM

Tubuh memerlukan masa selama 4 hingga 6 minggu untuk membina antibodi selepas suntikan dos pertama dan kedua vaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemberian vaksin COVID-19 secara besar-besaran kepada semua rakyat negara ini dikesan mencetuskan perbincangan, akan kemungkinan wujudnya virus tempatan yang berjaya melawan semua dos diberikan.

Pakar Virologi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Dr Kenny Voon berkata, terdapat andaian tentang kewujudan virus tempatan yang berupaya menembusi semua vaksin diberikan namun ia hanya dapat dipastikan menerusi penjujukan genetik secara menyeluruh.

Menurut beliau, pangkalan data mengenai virus COVID-19 yang dikumpul sejak 2020 boleh dijadikan rujukan, namun keberkesanannya mungkin sudah berubah tahun ini.

“Proses mengesan varian berbeza dalam hal ini masih penting kerana ia dapat membantu pihak berkuasa kesihatan untuk memastikan vaksin diterima kekal efektif.

“Selepas dos pertama dan kedua, anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Tubuh kita mengambil masa empat hingga enam minggu untuk membina antibodi. Pada waktu ini, tubuh anda hanya memfokus kepada vaksin yang telah diambil, jadi ini akan menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan lain," katanya di sini baru-baru ini.

 Dr Kenny Voon
Dr Kenny Voon

Mengulas lanjut Kenny berkata, kajian data menunjukkan bahawa vaksin berupaya menurunkan kadar kebolehjangkitan iaitu virus berganda dengan lebih rendah di kalangan mereka yang telah menerima suntikan berkenaan.

Penyelidik bagaimanapun jelas beliau, masih belum memastikan apakah pengurangan penggandaan ini mencukupi untuk mengurangkan penularan virus.

“Kita tidak tahu jumlah virus yang diperlukan untuk seseorang menjangkiti orang lain. Mungkin virus ini masih boleh tersebar walaupun dengan jumlah kecil. Ia sukar untuk dikenalpasti kerana setiap orang mempunyai kekuatan sistem imun yang berlainan,” katanya.

Kenny menarik perhatian, walaupun data daripada komuniti masih dikumpul secara berterusan, terdapat terlalu banyak pemboleh ubah di luar kawalan seperti sistem imun seseorang dan faktor persekitaran seperti cuaca.

“Kos penjujukan sangat tinggi. Harga satu sampel boleh mencecah 10 atau 20 kali ganda lebih tinggi berbanding saringan RT-PCR dan Malaysia juga tidak memiliki data penjujukan yang banyak seperti United Kingdom (UK), China dan Amerika Syarikat (AS).

“Kita perlu memaksimakan penggunaan sumber yang terhad dan kerana itu, negara harus memberi keutamaan kepada program vaksinasi serta membaik pulih ekonomi,” tegasnya.

Beliau memberitahu, kajian sedang dibuat bagi menghasilkan vaksin yang mampu melindungi manusia daripada diserang tiga virus maut iaitu MERS, SARS dan COVID-19.

“Usaha ini amat penting bagi melawan varian baharu virus yang pasti akan muncul dari semasa ke semasa, namun ia bukan mudah dan saya sendiri tidak pasti apakah ia akan berjaya,” katanya. - Getaran, 12 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang