web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Polis Direman Minta Rasuah Pengedar Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 5:06PM

Tiga anggota polis direman selama empat hari dan seorang lagi disambung reman empat hari di Mahkamah Kota Bharu hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Khamis di Mahkamah Kota Bharu di sini, untuk membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.

Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner (ACP) berusia 48 tahun pula disambung reman selama empat hari lagi, juga untuk siasatan kes yang sama.

Dua Lans Koperal dan seorang Sarjan itu masing-masing berusia 34, 39 dan 28 tahun dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tahanan reman dikeluarkan  Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain berkata, tiga anggota itu ditahan reman bagi membantu siasatan pihaknya.

“Mereka ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, dua pegawai kanan polis masing-masing direman empat dan lima hari bagi membantu siasatan atas dakwaan meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.

Pegawai berpangkat ASP ditahan reman bermula Jumaat lalu manakala rakannya yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP) ditahan reman bermula Sabtu lalu. Mereka berusia 48 tahun. - Getaran, 12 Julai

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad