web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


26 Ditahan, Aktiviti Pelacuran Terbongkar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 8:54PM

Ayob Khan menunjukkan antara suspek yang ditahan. - Gambar dari Facebook Polis Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kongsi gambar wanita menerusi aplikasi sembang untuk dipilih pelanggan dan sebaik dipersetujui, lokasi pertemuan pelanggan bersama pelayan pilihan akan ditetapkan. 

Itu modus operandi dilakukan sindiket aktiviti pelacuran yang berjaya dibongkar pihak polis, sebelum 26 individu ditahan di sekitar daerah ini, kelmarin. 

Kesemua mereka ditahan dalam operasi Ops Noda yang dijalankan antara 6.30 petang hingga 10 malam membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, IPD Johor Bahru Utara, IPD Seri Alam, IPD Iskandar Puteri, IPD Kluang dan IPD Pontian di tujuh premis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, premis yang diserbu adalah lokasi digunakan sindiket untuk aktiviti tidak bermoral berkenaan, terdiri daripada dua hotel bajet, tiga pangsapuri, sebuah rumah dan sebuah rumah kedai. 

Katanya, dalam operasi itu, enam lelaki tempatan yang bertindak sebagai transporter turut ditahan. 

“Kita turut menahan dua lelaki tempatan dan dua lelaki warga negara India selaku penjaga premis serta sekumpulan pekerja seks terdiri daripada 11 wanita Vietnam, empat wanita Thailand dan seorang wanita tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini. 

Ayob Khan menunjukkan barang rampasan ketika operasi dibuat. - Gambar dari Facebook Polis Johor
Ayob Khan menunjukkan barang rampasan ketika operasi dibuat. - Gambar dari Facebook Polis Johor

Menurut beliau, soal siasat mendapati sindiket tersebut sudah beroperasi sejak Mei lalu. 

“Sindiket ini menggunakan aplikasi sembang Michat yang dijadikan medium iklan dan promosi wanita, selain untuk berhubung dengan pelanggan. 

“Mereka akan berkongsi gambar wanita bagi membolehkan pelanggan membuat pilihan, sebelum lokasi pertemuan diberi,” katanya.

Ayob Khan menarik perhatian, caj pembayaran antara RM200 hingga RM300 akan dikenakan berpandukan kepada pilihan dibuat pelanggan, sebelum pekerja seks itu dihantar kepada mereka dengan menggunakan khidmat transporter.

“Pekerja seks akan dibayar antara RM100 hingga RM120 dan transporter pula menerima upah antara RM4 hingga RM10 mengikut trip dan jarak, manakala ketua sindiket memperoleh keuntungan antara RM100 hingga RM120,” katanya.

Sidang media berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Polis Johor. 

Menerusi operasi, polis merampas 37 telefon bimbit pelbagai jenama, lebih 300 keping kondom, minyak pelincir, tisu basah, lapan kad akses, tuala, resit inap desa, empat kenderaan dipercayai digunakan untuk menghantar pekerja seks dan wang tunai berjumlah RM14,511.

“Kesemua suspek warga negara tempatan yang ditahan direman sehingga enam hari, manakala 14 hari reman dikenakan ke atas warga negara asing.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 373 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. - Getaran, 12 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad