web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Catat Peningkatan Mendadak COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 9:16PM

Petugas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melakukan ujian calitan COVID-19 ke atas seorang remaja perempuan pada tinjauan di Sekolah Kebangsaan Gong Pasir pada 10 Julai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kes positif COVID-19 di Terengganu meningkat mendadak dengan 140 jangkitan direkodkan hari ini, iaitu tertinggi yang pernah dicatatkan sejak negeri itu berjaya menurunkan kadar jangkitan kepada dua angka bermula 11 Jun lalu.

Menurut laporan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), mereka turut mengesan kewujudan tiga kluster yang menyumbang kepada bilangan kes tertinggi iaitu Kluster Industri Lot Q, Kluster Gong Pasir dan Kluster Tanjung Gelam.

JKNT berkata, Industri Lot Q mencatatkan 31 kes positif manakala Gong Pasir dan Tanjung Gelam masing-masing merekodkan 16 jangkitan.

“Dungun muncul sebagai daerah dengan kes tertinggi iaitu 62 jangkitan, dengan 234 daripadanya adalah aktif.

“Terdapat juga tambahan kluster baharu yang direkodkan hari ini iaitu kluster Tanjung Gelam (16 kes ) dan kluster Tok Molor (11 kes),” kata jabatan tersebut.

Serentak dengan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selama dua minggu di tiga lokaliti dalam Mukim Sura, Dungun, bermula 10 Julai lalu.

Tiga lokaliti terbabit ialah Kampung Gong Pasir, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Gong Pasir dan Taman Maidam.

Kesemua lokaliti PKPD itu dihuni 1,570 penduduk dan merekodkan 78 kes positif Sabtu lalu. - Getaran, 12 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan