web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bahas Proklamasi Darurat Dalam Sidang Dewan - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 2:31PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat disarankan untuk membahaskan proklamasi serta Ordinan Darurat dan pelbagai isu berkaitan COVID-19 pada sidang akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbahasan itu juga perlu mencakupi segala hal berkaitan vaksinasi, perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Hari ini saya telah menghantar suatu usul bagi memastikan sidang dewan akan datang mesti membahaskan Ordinan Darurat, situasi pandemik COVID-19, kadar vaksinasi, kadar ujian saringan serta perincian terkait perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan.

“Usul ini dihantar bagi memastikan ruang perbahasan yang telus dan komprehensif akan berjalan dalam ruang lingkup demokrasi berparlimen serta lunas-lunas negara hukum," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Maydin itu, Anwar mendakwa Proklamasi Darurat melalui Ordinan-Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 gagal mencapai maksud utamanya iaitu melandaikan keluk jangkitan COVID-19.

Beliau menarik perhatian, Anwar juga mendakwa keadaan ekonomi negara semakin parah, sehingga terdapat pelbagai petunjuk melambangkan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang gagal.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk mengadakan sidang Parlimen pada 26 Julai, setelah berulang kali disarankan mengadakannya oleh Yang di-Pertuan Agong.

Parlimen telah digantung sejak 11 Januari susulan pengisytiharan darurat yang dikatakan dibuat untuk memerangi pandemik COVID-19.

Tindakan itu didakwa pengkritik sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan berdepan kehilangan majoriti di Parlimen. – Getaran, 13 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad