web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Rogol ADUN Tronoh: 2 Saksi Terlindung Hadir Bagi Keterangan Secara Tertutup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 4:22PM

Paul Yong didakwa di Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua saksi terlindung termasuk mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong hadir memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini secara tertutup hari ini.

Prosiding membabitkan kedua-dua saksi dilindungi itu dimulakan dengan keterangan mangsa pada kira-kira 2.15 petang sebelum saksi dilindungi seterusnya memberi keterangan mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009.

Bagaimanapun saksi ke-15 dan saksi ke-16 itu hanya boleh dilihat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed manakala pihak pendakwaan dan peguam hanya boleh mendengar suara saksi tanpa melihat saksi ketika memberi keterangan.

Petugas media yang hadir juga tidak dibenarkan merakam gambar dan mendengar prosiding ketika saksi terlindung memberi keterangan namun hanya sempat membuat liputan ketika pegawai siasatan tempat kejadian Insp V Simon, 38, dari Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menyambung keterangan pada pagi tadi.

Simon memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah melakukan pemeriksaan polilight pada lapan kesan tompokan disyaki air mani yang ditemukan pada sarung tilam di tempat kejadian berdasarkan maklumat pengadu sebelum ia dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk pengesahan.

“Sebagai penugasan forensik, kami buat pemeriksaan menggunakan polilight, dengan kesan cahaya yang kami temukan, kami akan buat penandaan dan hantar ke Jabatan Kimia maksudnya hanya ahli kimia akan membuat pemeriksaan secara khusus.

“Dalam penggunaan polilight ini perbezaan untuk menentukan cecair biologi antara air mani, air kencing, darah dan air liur adalah pada warna yang kami kesan pada permukaan yang kami buat pemeriksaan.

“Contohnya kesan air mani apabila disuluh pada permukaan tersebut, sejenis cecair lutsinar putih akan bersinar dan kami anggap ia sebagai air mani, disyaki sahaja bukan sahkan air mani dan kami buat penandaan untuk analisa di Jabatan Kimia,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili Paul Yong.

Beliau berkata pihaknya turut menghantar dua swabbing stick yang ditemukan di tempat kejadian kepada Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi, Simon berkata pihaknya tidak menjalankan pemeriksaan polilight pada mop yang dirampas kerana ia telah dicuci dan terus menghantarnya untuk dianalisa Jabatan Kimia.

Simon bagaimanapun bersetuju bahawa pasukan forensik pergi ke lokasi selepas 38 jam kejadian berlaku iaitu kira-kira 12.10 tengah hari pada 9 Julai dan pengaduan dibuat selepas 22 jam waktu kejadian selain bersetuju bahawa siasatan forensik dibuat secara khusus berdasarkan maklumat diberikan pengadu yang membawa ke sebuah bilik tingkat satu rumah Paul Yong ketika disoal Rajpal.

Semalam, Simon dalam keterangannya berkata lapan kesan tompokan disyaki air mani ditemukan pada sarung tilam di rumah Paul Yong selain empat helai rambut.

Seramai 14 saksi telah memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 5 April lalu dan dijangka mahkamah akan memanggil 10 lagi saksi termasuk dua saksi terlindung untuk memberi keterangan.

Paul Yong, 51, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di kediamannya di Meru Desa Park di sini antara 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

ADUN Tronoh itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Azlina Rasdi, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani dan Ainul Wardah Shahidan manakala pasukan pembelaan terdiri daripada Rajpal, Salim dan Phang Yong Nur Sarah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan