web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kami Tiada Kaitan Dengan Skim Tak Masuk Akal - Makmur Gold

Semasa · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 9:07PM

Mohd Faizuddin Che Mahmood menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat ke atas syarikat yang menyalahgunakan nama Makmur Gold.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - “Kami tidak pernah dan tidak ada kaitan langsung dengan syarikat menawarkan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tidak masuk akal," tegas Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood. 

Beliau mengakui sangat kecewa dengan tindakan syarikat yang beroperasi di Temerloh itu menggunakan nama Makmur Gold bagi mengaburi mata pelabur mereka. 

Sambil menyifatkan tindakan itu mencemarkan imej dan reputasi dibina Makmur Gold sejak kira-kira 10 tahun lalu, beliau turut memberi gambaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemilik syarikat terbabit. 

"Perkara ini sedang dalam pertimbangan peguam kami dan kita tidak menolak kemungkinan untuk membawa kes ini ke mahkamah dengan mengemukakan saman terhadap mereka. 

"Makmur Gold sudah mempunyai reputasi yang baik dan berjaya membina keyakinan terhadap kualiti produk emas dihasilkan dalam kalangan pelanggan kami di Pantai Timur Semenanjung, selain rangkaian rakan niaga di seluruh negara ketika ini,” katanya.

Menurut Mohd Faizuddin, perbuatan tersebut secara tidak langsung menimbulkan persepsi tidak baik terhadap imej dan kredibiliti Makmur Gold.

“Satu laporan polis terhadap pemilik syarikat berkenaan juga sudah dibuat di Balai Polis Kuantan, pagi Ahad lalu dan kami berharap, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan segera bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa skim berkenaan. 

"Saya ingin menasihatkan kepada orang ramai di luar sana supaya lebih berhati-hati jika menerima sebarang tawaran pelaburan emas yang menjanjikan bulan dan bintang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati jika ditawarkan skim yang mendakwa memiliki kaitan dengan Makmur Gold untuk menghubungi mereka terlebih dahulu.

"Kita tidak pernah menawarkan (skim) pelaburan yang menjanjikan pulangan sehingga 25 peratus (keuntungan) setiap bulan, ia adalah kadar yang sangat tidak logik dan mengelirukan. 

"Buat masa ini, Makmur Gold hanya menyediakan pelaburan yang sah dengan nilai pulangan 18 peratus setahun sahaja, itu adalah jumlah tertinggi ditawarkan kepada kira-kira 200,000 ahli kami," katanya. 

Difahamkan, syarikat menawarkan skim itu mula beroperasi kira-kira tujuh bulan lalu di sebuah premis di bandar Temerloh dan pihak Makmur Gold hanya menyedari nama mereka digunakan kira-kira dua minggu lalu, selepas menerima laporan daripada seorang pelanggan yang mendakwa sudah melabur dalam skim berkenaan. - Getaran, 13 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad