web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Merantau Bantu Keluarga, Jadi Mangsa Eksploitasi Majikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 10:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Niat merantau jauh mencari rezeki untuk keluarga bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang warganegara Indonesia berusia 26 tahun, apabila dia dipaksa bekerja tanpa gaji, elaun kerja lebih masa dan cuti sejak empat tahun lalu. 

Penderitaannnya itu bagaimanapun berakhir semalam selepas diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sebuah kedai makan dalam kawasan Tandop, dekat sini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Suresh Kumar G. Suppiah berkata, tindakan menyelamat itu dilakukan kira-kira pukul 5.45 petang semalam. 

"Mangsa disyaki dieksploitasi dengan diarah bekerja selama hampir empat tahun tanpa dibayar gaji dan elaun kerja lebih masa. Pasport pula berada dalam simpanan majikan. 

"Mangsa diselamatkan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 44 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Pemerdagangan Migran 2007 untuk diletakkan di rumah perlindungan, di bawah perintah perlindungan interim," katanya di sini, hari ini. 

Tambahnya, majikan mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Pemerdagangan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 15 tahun selain denda jika sabit kesalahan.

"Polis Kedah akan meneruskan usaha dalam membanteras aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negeri ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya ke talian 04-7741403 sambungan 105 atau MERS 999," katanya. 

Sementara itu sumber memaklumkan, mangsa mempunyai permit kerja sah untuk bekerja di kedai makan tersebut. 

"Setakat ini tiada unsur dera dengan mangsa juga tidak mengalami kecederaan. Gaji mangsa tidak dibayar walaupun mangsa disediakan makanan dan tempat tinggal. 

"Difahamkan semua perbelanjaan untuknya dipotong daripada gaji yang sepatutnya diterima," katanya. - Getaran 13 Julai 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah