web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Individu Didakwa Berhimpun Tanpa Pakai Pelitup Muka di Parit Raja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 1:09PM

Sekumpulan penunggang motor mengelilingi kain rentang yang tertulis perkataan ‘Kerajaan Gagal’ di Parit Raja pada 13 Mei. - Tangkap layar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Tiga pelajar dan dua penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan aktiviti terlarang dengan menyertai perhimpunan tanpa memakai pelitup muka di Parit Raja, dua bulan lepas.

Muhammad Farhan Mhd Basri, Nur Muhamad Afif Norazam, Faizul Naim Ahmad, Muhamad Al Azim Abd Rasid dan Muhamad Hafizul Helmi Zailan, berumur antara 19 hingga 23 tahun itu, membuat pengakuan berkenaan ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di persimpangan lampu isyarat Parit Raja, dekat sini pada 2 pagi, 13 Mei lepas.

Mereka dituduh mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) 2021, yang boleh dihukum di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos menawarkan jaminan RM6,000 seorang, namun peguam Mohd Fared Mohd Khalid yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan tiga daripada mereka masih belajar manakala dua lagi tidak bekerja.

Majistret kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Ogos depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Cliff Umar Mengaku Salah Miliki Heroin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad