web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sidang DUN N Sembilan 3 Hingga 8 September - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 5:44PM

Datuk Seri Aminuddin Harun - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijadual berlangsung pada 3 hingga 8 September ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata perkara itu telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

“Kita akan adakan perasmian oleh Tuanku Muhriz pada Jumaat (3 September) dan seterusnya beberapa agenda termasuk membahaskan titah baginda dan rang undang-undang yang dibawa dalam persidangan,” katanya pada sidang media secara dalam talian selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, hari ini.

Kali terakhir DUN negeri ini bersidang ialah pada 3 Disember 2020.

Sementara itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri akan memberi tumpuan utama bagi mengawal 13 kes dijangkiti virus yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan iaitu tujuh kes varian Beta dan enam kes varian Delta yang dikesan di Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.

“Kes ini sukar dikawal dan kita berharap semua bentuk aktiviti berkumpulan dikawal bagi mengekang penularan COVID-19. Kita harus akur dan berharap keputusan ini dapat menjaga kita, jumlah kes semalam adalah amaran kepada kita,” katanya.    

Negeri Sembilan semalam merekodkan 1,033 kes COVID-19 manakala hari ini 1,537 kes.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 342,605 individu di negeri ini telah melengkapkan dos pertama vaksin COVID-19 manakala 142,138 selesai menerima dua dos suntikan setakat semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan