web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Pamer Tokoh Agama, Majlis Dakwah Gesa Tindakan Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 8:48PM

Iklan menggunakan imej tokoh agama untuk menarik pelabur. - Gambar dari Facebook Ustaz Roslan Mohamed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa sindiket penipuan berorientasikan pelaburan dan skim pinjaman dikesan bergerak aktif baru-baru ini, menggunakan media sosial sebagai platform khususnya Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Ia mencetuskan kebimbangan ramai, apatah lagi apabila sindiket terbabit dikesan menggunakan foto beberapa individu berpengaruh, termasuk tokoh agama dan pakar motivasi sebagai ikon syarikat atau ejen.

Susulan itu, Pengerusi Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara (DDMDN), Ustaz Zul Ramli M Razali menggesa orang ramai agar tidak mudah terpengaruh tipu daya dan taktik sindiket berkenaan, yang sengaja mencari ruang untuk menjerat mangsa.

“Orang ramai perlu mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada tokoh berkenaan, sama ada menghubungi secara terus atau melalui akaun media sosial masing-masing.

“Mereka juga boleh menghubungi pihak berkuasa setempat untuk mendapatkan kepastian sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, individu yang mendapat foto mereka digunakan sindiket terbabit juga seharusnya tanpa berlengah membuat laporan kepada pihak berkuasa, dengan membawa bukti dari mesej, poster atau apa sahaja maklumat tentang sindiket dan kegiatan tersebut.

“Kami berharap agar isu ini dapat ditangani segera bagi memastikan jenayah penipuan itu dapat dibanteras secepat mungkin, dan DDMDN meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk memaksimakan rangkaian agar tindakan yang lebih drastik dan serius dapat diambil.

“Sindiket seperti ini telah melakukan satu penipuan tercela dan telah mencalar imej semua tokoh tersebut serta agamawan secara keseluruhannya. Masyarakat dan mangsa juga perlu dibela dan dilindungi dari kegiatan jenayah ini,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan