web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pindah Segera Pekerja Asing Atau Berdepan Tindakan - Sulaiman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 10:14PM

Sulaiman Md Ali (kanan) beramah mesra bersama penerima suntikan vaksin COVID-19 ketika melawat pelaksanaan program Outreach Vaksinasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Semua majikan yang menggaji warga asing diminta memindahkan pekerja mereka pada kadar segera bagi mengelakkan virus COVID-19 menular dalam kalangan komuniti.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, mana-mana majikan yang ingkar arahan itu boleh dikenakan tindakan.

"Kesemua pekerja asing dari sektor perkilangan perlu dipindahkan segera ke asrama dan bangunan yang berasingan dari komuniti penduduk.

"Ini kaedah terbaik, kita ambil maklum kes meningkat dan putuskan untuk mereka keluar dari kawasan perumahan secepat mungkin dan tindakan tegas akan diambil jika ingkar, malah kilang terbabit juga akan ditutup,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Program Outreach Vaksinasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, hari ini.

Sulaiman berkata, langkah tersebut amat penting bagi mengelakkan tercetuskan kluster industri apabila pekerja berkenaan disahkan positif COVID-19, sekali gus menyumbang kepada peningkatan jangkitan dalam komuniti.

Mengulas lanjut beliau berkata, beberapa lokasi sudah dikenal pasti untuk program pemindahan berkenaan, termasuk di bangunan Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

"Keputusan ini dikuatkuasa di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) bagi mengawal penularan COVID-19 membabitkan pekerja asing.

"Hal ini akan dipantau jawatankuasa yang berkenaan supaya pekerja asing ini dapat diasingkan di satu penempatan kekal, selain tidak bercampur dengan kelompok komuniti," katanya.

Semalam, Melaka merekodkan sebanyak 526 kes positif COVID-19, dengan 58 daripadanya terdiri daripada bukan warga negara, manakala 66 jangkitan pula direkodkan Kluster Kilang. – Getaran, 15 Julai 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 2 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad