web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MH17: Malaysia Tetap Komited Tegakkan Keadilan Untuk Mangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 2:26PM

Bangkai pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia tetap teguh dalam kedudukannya untuk melihat semua bukti berkaitan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine didedahkan kepada awam dan proses kehakiman dijalankan secara adil dan tidak terjejas oleh sebarang tekanan politik demi menegakkan keadilan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) hari ini sempena memperingati ulang tahun ketujuh tragedi MH17, ia berkata Malaysia sentiasa komited memberi sokongan penuh untuk membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.

“Malaysia mengulangi komitmennya untuk membawa pelaku jenayah tidak berperikemanusiaan ini ke muka pengadilan, bukan hanya kerana semua orang yang terlibat berhak melihat keadilan, tetapi ia juga akan memberi kelegaan dan ketenangan fikiran kepada waris mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut,” menurut kenyataan itu.

Pesawat Boeing 777 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 apabila ia ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine. Mengorbankan 298 penumpang termasuk kru pesawat itu.

Menurut kenyataan itu, Malaysia percaya dan berharap pandemik COVID-19 tidak menjadi penghalang dalam usaha menegakkan keadilan bagi mangsa tragedi MH17.

“Ingatan dan doa kami sentiasa bersama mangsa dan orang tersayang. Kami berharap keluarga dan rakan-rakan mangsa mempunyai kekuatan dan ketahanan, sementara kami kekal komited dalam usaha menegakkan keadilan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sedekad Berlalu Tragedi MH17, Keadilan Akan Terus Dituntut

2

Jelajah 3 bulan yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan