web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Rentas Negeri Tidak Dibenarkan Hadir Solat Sunat Aidiladha Di Perlis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 11:49AM

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri, termasuk mereka yang berulang alik bekerja setiap hari, tidak dibenarkan hadir ke solat sunat Aidiladha di Perlis, Selasa ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah larangan itu turut membabitkan ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama mereka, melainkan ahli keluarga dan individu berkenaan telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.

“Pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Pengerusi MAIPS, berkata bagi kariah Kota Raja Arau, solat sunat  Aidiladha akan didirikan di Dataran Istiadat Istana Arau pada 8 pagi untuk sesi pertama, manakala sesi kedua pada 9 pagi di pekarangan Masjid Negeri Arau sekiranya berlaku limpahan jemaah.

“Jika cuaca tidak mengizinkan, maka satu sesi solat sahaja akan didirikan di masjid-masjid berdasarkan kapasiti maksimum dengan penjagaan SOP ketat pada 8.30 pagi,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM11,600 kepada amil kariah Masjid Kampung Binjal di sini, semalam, untuk diagihkan kepada 29 asnaf kariah tersebut, demikian menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

2

Politik 1 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan SOP Khas Aidilfitri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 5 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad