web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jururawat Teruja Suntik Vaksin Nenek Sendiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 6:35PM

Fatimah Munir disuntik oleh cucunya sendiri (baju merah) iaitu jururawat Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA yang bertugas di PPV tersebut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Selepas bertugas sekian lama menyuntik penerima vaksin COVID-19, Mohamad Burhan Hasan, 31 tidak menyangka berpeluang berbakti untuk nenek kandungnya, Fatimah Muda hari ini.

Jururawat Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu jelas teruja, apabila dapat memberikan suntikan berkenaan kepada neneknya yang berusia 102 tahun.

“Saya amat berbangga dapat berkhidmat kepada nenek, apabila menjadi jururawat terpilih untuk menyuntik dos vaksin kepada beliau,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UniSZA di sini.

Muhamad Burhan berkata, neneknya itu juga mencatatkan sejarah tersendiri apabila muncul sebagai penerima vaksin tertua di PPV UniSZA hari ini.

Dia turut melahirkan rasa syukur apabila Fatimah kelihatan tenang ketika disuntik, dan sama sekali tidak menunjukkan sebarang rasa takut.

“Nenek juga faham proses dan jumlah dos yang perlu diterima, malah dia langsung tak nampak takut atau gementar walaupun tergolong sebagai kumpulan berisiko kerana menghidap kencing manis dan darah tinggi.

“Memang sebelum ini pun kami ahli keluarga mahu dia mengambil vaksin dan dia sendiri pun tidak menolak apabila gilirannya tiba,” katanya.

Fatimah yang berasal dari Kampung Manir di sini dibawa ke PPV berkenaan menaiki ambulans Bulan Sabit Merah (MRC) dari kediaman anaknya, di Kampung Wakaf Mempelam awal hari ini. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Semakin Mendebarkan, Datuk, Nenek Zayn Rayyan Pula Ditahan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 6 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut