web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


829 Orang Diselamatkan Di Bawah Jenayah Pemerdagangan Orang - Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 9:57AM

Datuk Seri Abd Jalil Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 829 orang dipercayai mangsa pemerdagangan  orang diselamatkan dalam 190 serbuan polis di seluruh negara dalam tempoh Januari tahun lepas hingga Mei tahun ini dan memperoleh Perintah Perlindungan Sementara (IPO).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata daripada jumlah itu, 74 orang telah mendapat Perintah Perlindungan (PO) tahun lepas manakala 65 orang memperolehnya dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

“Sebanyak 599 orang diselamatkan hasil 146 serbuan tahun lepas manakala 230 orang diselamatkan dalam 44 serbuan dari Januari hingga Mei tahun ini.

“Sebanyak 243 orang ditahan kerana disyaki terlibat dalam jenayah pemerdagangan orang sepanjang tahun lepas manakala 110 orang ditahan tahun ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata jenayah pemerdagangan orang adalah jenayah rentas sempadan yang menjadi isu global dan polis serius dalam membanteras jenayah itu.

“Antaranya bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan yang banyak membantu dalam penyaluran maklumat dan mewujudkan kesedaran awam berhubung jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

“(Selain itu), pelbagai program tahunan termasuk kursus, latihan dalam perkhidmatan, seminar dan bengkel dijalankan sama ada anjuran dalaman atau kerjasama dengan agensi atau pertubuhan luar,” katanya.

Beliau berkata program-program berkenaan bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran pegawai terutama dalam kalangan agensi penguatkuasaan dan pendakwaan bagi memerangi jenayah tersebut.

Abd Jalil berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang terutamanya buruh paksa dengan tindakan yang berterusan.

“Merujuk kepada statistik sepanjang tahun lepas, PDRM menjalankan 62 serbuan terhadap jenayah eksploitasi buruh paksa dan bagi tahun ini sehingga bulan Mei, sebanyak 25 serbuan dijalankan. Kebanyakan mangsa adalah rakyat Indonesia, Filipina dan India,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

2

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut