web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Memancing Lemas Dihanyut Arus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 8:27PM

Anggota Bomba mengusung mayat Muhamad Zulkefli yang lemas ketika memancing di Sungai Cerul, Bandar Baru Cheneh, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEMAMAN - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika memancing di Sungai Cerul, Bandar Baru Cheneh di sini malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohamad Hanif Che Khalid,  mayat mangsa, Muhamad Zulkefli Ismail, 34 ditemui di dasar sungai kira -kira jam 10.30 pagi tadi dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Mayat mangsa ditemukan pada jarak 50 meter daripada tempat terakhir dia dilihat sebelum dihanyutkan arus sungai dan masih lengkap berpakaian,” katanya kepada media di sini.

Menurut beliau, mayat Muhamad Zulkefli telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman.

Mangsa dipercayai dihanyutkan arus ketika turun ke dalam air untuk mengambil ikan yang tersangkut pada mata kail.

Dia cuba diselamatkan oleh seorang anak saudara yang berusia 14 tahun, namun gagal.

Mohammad Hanif berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira jam 7 malam sebelum sepasukan anggota dari BPP Cheneh digerakkan ke lokasi, dengan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Chukai.

Beliau berkata, susulan penemuan mayat mangsa, operasi mencari dan menyelamat yang diadakan sejak semalam telah dihentikan pada jam 10.50 pagi tadi. – Getaran, 19 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan