web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Lengang Di Beberapa Lebuh Raya Utama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 1:41PM

Keadaan di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur yang lengang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang dilaporkan lancar dan terkawal pada pagi sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 11 pagi tadi, aliran trafik di kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan juga lancar berikutan aliran trafik yang rendah.

“Trafik masih lengang di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1  dan LPT 2  termasuk lokasi di sekitar Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak dan Kuala Terengganu berikutan aliran trafik yang rendah,” demikian menurut jurucakap LLM. 

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besi hari ini juga mendapati jalan raya lengang dari kedua-dua arah.  

Selain itu, beberapa sekatan jalan raya di sekitar ibu negara khususnya di sempadan negeri yang sebelum ini berlaku kesesakan juga lancar dan terkawal. 

Sebelum ini media melaporkan berlaku peningkatan aliran trafik di lebuh raya menghala ke timur beberapa hari sebelum Aidiladha yang disambut hari ini. 

Pada Ahad lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM)  tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan pergerakan sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini, untuk pergerakan rentas negeri susulan terdapat individu menyalah guna surat itu untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad