web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Ditahan Miliki Burung Eksotik Secara Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 6:24PM

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan bersama 15 ekor burung nuri jenis Lovebird dna tiga burung Sun Conure. - Gambar dari Twitter PERHILITAN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan di Kepala Batas, Pulau Pinang selepas disyaki memiliki 18 burung eksotik yang dilindungi tanpa kebenaran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Dalam serbuan pada 7 Julai lalu, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan bersama 15 ekor burung nuri jenis Lovebird dan tiga burung Sun Conure yang ditempatkan di sebuah premis.

Menurut jabatan berkenaan, siasatan mendapati lelaki terbabit tidak memiliki sebarang dokumen yang sah untuk menyimpan hidupan liar yang dilindungi terbabit.

Satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) George Town turut dibuat terhadap lelaki terbabit.

“Semua burung terbabit dirampas dan dibawa ke Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya,” kata PERHILITAN menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Lovebird adalah burung nuri yang berasal dari Afrika dan Madagascar manakala Sun Conure atau nama saintifiknya Aratinga Solstitialis pula kerap ditemui di negara Amerika Selatan.

Semua burung berkenaan adalah daripada spesies dilindungi mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. - Getaran, 20 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Terima Kasih Abang-Abang PERHILITAN!

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Harimau Dahan Ditemukan Mati Di WCE, Dipercayai Dilanggar Kenderaan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Lelaki Selamat Selepas Kereta Dipandu Langgar Gajah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan