web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Garis Panduan Pendatang Tanpa Izin, Pelarian Terima Suntikan Vaksin Diluluskan CITF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 7:37PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Garis panduan untuk pendatang tanpa izin dan pelarian mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 telah diluluskan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, garis panduan yang diluluskan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) itu, akan membolehkan pendatang tanpa izin dan pelarian, hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) ditetapkan untuk divaksinasi, dengan butiran mengenainya akan dimaklumkan kelak.

Khairy dalam temu bual bersama media secara maya baru-baru ini berkata, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah akan dilibatkan dalam urusan vaksinasi pelarian dan pendatang tanpa izin itu.

“Pendatang tanpa izin dan pelarian ini akan lebih selesa jika ada PPV dikendalikan NGO yang pernah memberi perkhidmatan kesihatan kepada kumpulan ini. Dengan ini, mereka tidak akan takut untuk datang ke PPV untuk divaksinasi,” katanya.

Khairy yang berharap garis panduan itu akan mendorong pendatang tanpa izin dan pelarian tampil untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 berkata: “Kita harap pendatang tanpa izin dan pelarian yang akan terima vaksinasi nanti, akan beritahu pengalaman mereka kepada rakan-rakan dari negara sama untuk tampil ke depan untuk terima suntikan.

“Jangan takut datang ke PPV untuk divaksinasi. Ini penting kerana mereka juga berisiko dan merisikokan orang lain. Tiada yang selamat sehingga semua selamat,” katanya.

Ditanya adakah ‘Operasi Lonjakan Kapasiti’ akan diperluaskan ke negeri lain, Khairy berkata keputusan untuk melaksanakan operasi tersebut di lokasi lain, akan ditentukan berdasarkan kadar insiden penularan wabak COVID-19.

Menerusi ‘Operasi Lonjakan Kapasiti’ yang diperkenalkan untuk membendung penularan pandemik COVID-19 di Lembah Klang, setiap individu dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor akan dipastikan menerima sekurang-kurangnya satu dos menjelang 1 Ogos.

Mengenai rungutan masih ramai yang tidak mendapat janji temu untuk suntikan vaksin COVID-19 meskipun telah lama mendaftar, Khairy berkata algoritma yang digunakan dalam aplikasi MySejahtera untuk memberi janji temu adalah mengikut tarikh pendaftaran vaksin.

Namun demikian katanya, janji temu juga diberikan mengikut lokasi serta fasa-fasa keutamaan yang telah ditentukan dalam PICK.

“Sebagai contoh daerah Rembau telah selesai fasa 2 PICK, jadi janji temu untuk fasa 3 akan diberikan dan ia mengikut urutan ditetapkan.

“Ada juga hospital yang mempunyai senarai menunggu, iaitu mereka yang sentiasa pergi ke klinik atau hospital untuk rawatan. Keutamaan akan diberikan kepada mereka ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

2

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Semasa 10 bulan yang lalu

KKM Siasatan Dakwaan Kematian Pesakit Tidak Terima Rawatan Tepat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad