web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbincangan Kuota Haji Dan Umrah Tidak Lama Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 6:15PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Arab Saudi dijangka mengadakan perbincangan berkenaan kuota haji dan umrah dalam masa terdekat.

Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian berkata kerajaan Penjaga Dua Masjid Suci itu dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Perbincangan antara dua negara mengenai kuota haji dan umrah pada tahun ini bakal berlangsung dalam masa terdekat apabila Arab Saudi menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia serta Menteri Luar Negeri (Datuk Seri Hushammuddin Tun Hussein) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Agama (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata Arab Saudi tidak pernah menutup pintu untuk jemaah Malaysia bagi menunaikan ibadah haji dan umrah selepas pembukaan semula sempadan di negara itu, malah menurutnya Arab Saudi sentiasa mengalu-alukan kunjungan rakyat Malaysia.

Katanya Malaysia tidak disenaraikan dalam 20 negara yang dilarang memasuki Arab Saudi buat sementara waktu sebagai langkah mengekang peningkatan jangkitan COVID-19.

Pada 3 Feb lepas, Arab Saudi telah menggantung kemasukan pelawat dari 20 negara, sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak COVID-19, yang terdiri daripada Argentina, Emiriah Arab Bersatu, Jerman, Amerika Syarikat, Indonesia, Itali, Pakistan, United Kingdom, Turki, Sweden, Perancis, Lubnan, Mesir, India, Jepun, Ireland, Brazil, Portugal, Switzerland dan Afrika Selatan.

Sementara itu mengenai pertemuannya dengan pengerusi NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican, Sheikh Abdul Rahman berkata ia antara lain membincangkan hal berkaitan umrah dan haji rakyat Malaysia, isu pendidikan penuntut Malaysia ke Arab Saudi serta hal berkaitan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

“Segala syor yang dikemukakan oleh NGO Antarabangsa akan diteliti dan diperhalusi dengan sewajarnya untuk perhatian pihak Arab Saudi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah