web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berhimpun 5 Minit, 13 Doktor Kontrak Suarakan Solidariti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 3:33PM

13 pegawai perubatan kontrak di HSB turut serta dalam kempen Hartal Doktor Kontrak yang diadakan hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seramai 13 pegawai perubatan kontrak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini menunjukkan kesepakataan terhadap gerakan Hartal Doktor Kontrak dengan berkumpul secara aman di pekarangan hospital berkenaan, pagi tadi.

Dengan majoriti mereka mengenakan baju hitam, pegawai perubatan kontrak terlibat pada masa sama turut membawa plakad bagi menyatakan pendirian mereka untuk menyokongan gerakan tersebut.

Dr. Ikbal Baharudin
Dr. Ikbal Baharudin

Menurut wakil pegawai perubatan terlibat, Dr. Ikbal Baharudin, perancangan asal sebenarnya melibatkan penyertaan lebih 50 individu.

"Ada antara rakan-rakan yang tidak dapat turut serta kerana sedang menguruskan pesakit dan kami tidak sekali-kali akan membiarkan mereka begitu saja.

"Kami yang berkumpul ini pun hanya turun sekejap untuk menunjukkan solidariti sebelum kembali bekerja seperti biasa. Selain itu, ada juga ancaman diterima dari pihak atasan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sejak 2016, seramai 789 atau 3.4 peratus pegawai dilantik secara tetap dengan yang selebihnya berkhidmat secara kontrak.

Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pegawai perubatan kontrak kerana mendakwa, mereka tidak memiliki keistimewaan seperti penjawat tetap, selain menuntut laluan kerjaya yang setara dan adil untuk semua.

Ikbal menambah, walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu, mereka masih mengharapkan ada 'hitam putih' yang jelas dalam hal tersebut.

"Perdana Menteri hanya membuat kenyataan media tetapi kami mahukan sesuatu yang rasmi sebagai jaminan buat pegawai perubatan kontrak ini," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pemantauan pihak polis mendapati hartal tersebut hanya berlangsung selama lima minit dan tiada tangkapan dilakukan terhadap mana-mana pihak.

Dalam pada itu tinjauan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) mendapati tiada sebarang himpunan melibatkan pegawai perubatan dengan tujuan sama di situ.

Sehingga jam 12 tengah hari, keadaan di hospital tersebut tenang dan orang ramai masih berurusan seperti biasa dengan beberapa anggota polis dilihat turut mengadakan pemantauan. - Getaran 26 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi