web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Adik Beradik Berparang, Video Tular Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 10:00AM

Insiden tersebut tular di media sosial. - Tangkap layar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Tidak hanya berperang mulut, pergaduhan melibatkan abang dan adik di sebuah kedai bunga dekat sini kelmarin, turut melibatkan parang panjang hingga klip video mengenainya menjadi tular di media sosial.

Kejadian itu bagaimanapun tidak mendatangkan kecederaan kepada mana-mana pihak, kerana senjata terbabit hanya digunakan untuk memecahkan cermin serta barangan di kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah berkata, kedua-dua lelaki berusia 29 dan 36 tahun dipercayai berselisih faham berkaitan isu hutang.

“Kedua-duanya ditahan pada jam 10 malam kelmarin untuk siasatan lanjut dengan mereka didapati tidak memiliki rekod jenayah lampau.

“Ujian urin dijalankan juga mendapati mereka negatif dadah. Kedua-dua lelaki itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis berikutan faktor kesihatan,” katanya.

Keseluruhannya terdapat tiga klip video berdurasi antara 2 saat hingga 2 minit 50 saat yang tular di media sosial berhubung kejadian itu.

Dua daripada video berkenaan memaparkan pasangan adik-beradik tersebut berperang mulut dalam bahasa Tamil dan merebut kerusi, sambil cuba dileraikan seorang wanita, dipercayai isteri seorang daripada mereka.

Manakala video terakhir memaparkan seorang daripada individu yang bertelagah memegang dua parang panjang untuk merosakkan barangan termasuk cermin kedai, sebelum meletakkan wang ke dalam beg plastik. 

Difahamkan kedai bunga tersebut adalah milik seorang daripada mereka.

Mengulas lanjut Adzli berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 323/606 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah.

Menurutnya jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dipohon supaya tidak memanipulasikan video tersebut dan tidak memuat naiknya ke media sosial.

“Sebaliknya mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh tampil menyalurkannya kepada pihak berkuasa,” katanya. - Getaran, 27 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

4 Ditahan Bergaduh Di Kasino, Saki-Baki Terlibat Diburu Polis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka