web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SUV Menjunam Dalam Gaung, 2 Lelaki Terlepas Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 2:53PM

Dua orang nyaris maut apabila sebuah kenderaan terjunam lebih 10 meter ke dalam gaung di Jalan Lahad Datu-Kunak, lewat malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Berpantang maut sebelum ajal, itu gambaran bagi mengungkapkan detik cemas ditempuh dua lelaki, apabila kenderaan utiliti sukan jenis Toyota Estima dinaiki terbabas, sebelum terjunam lebih 10 meter ke gaung di Jalan Lahad Datu-Kunak, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, kedua-dua mangsa yang berusia 45 dan 55 tahun terpaksa merangkak keluar untuk menyelamatkan diri, tetapi gagal naik sehingga ke tebing, menyebabkan mereka terpaksa menghubungi pihak berkuasa.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung nahas berkenaan pada jam 11.34 malam.

"Sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 36 kilometer dari balai.

"Sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati telah diberi rawatan awal oleh petugas ambulans," katanya.

Pasukan diketuai Pengawai Bomba Kanan (PBK) II Pomolis Polin itu kemudian bertindak segera turun ke gaung dan mengeluarkan mangsa menggunakan tali.

"Hanya seorang mangsa iaitu penumpang mengalami luka ringan pada kaki dan tangan manakala pemandu tidak mengalami kecederaan luaran.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut," katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.35 tengah malam. – Getaran, 27 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad