web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kadar Vaksinasi Rendah, Kerajaan Diminta Wajibkan Suntikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 3:10PM

Bung Mokhtar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 berikutan tahap pemberian imunisasi terbabit dalam kalangan populasi di negara ini yang dilihat masih rendah.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, berkata, usaha itu harus dilaksanakan bagi melindungi keselamatan dan nyawa rakyat.

“Saya mengesyorkan kepada kerajaan supaya jadikan pemberian vaksin sebagai mandatori, iaitu tidak boleh ada yang mahu dan ada tidak mahu, sebab ini tidak baik kerana bahaya untuk komuniti kita.

“Saya yakin apabila semua divaksin, kita boleh hidup dalam komuniti yang semua divaksin,” katanya pada Sidang Khas Mesyuarat Dewan Rakyat, hari ini.

Bung Moktar berkata, kerajaan juga dicadangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin dari rumah ke rumah kepada penduduk di kawasan kampung dan pedalaman bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar, selain membantu mempercepatkan proses kewujudan imuniti kelompok.

“Kalau di Amerika Syarikat (AS) dan Rusia mereka pergi rumah ke rumah, jadi seharusnya usaha itu dilakukan di negara ini.

“Patutnya penduduk di kampung dan pedalaman tidak perlu dipanggil, sebaliknya kita pergi ke rumah mereka untuk memberikan vaksin,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan juga dicadangkan memberikan suntikan menggunakan vaksin dari jenis satu dos sahaja untuk golongan berkenaan, bagi memudahkan proses imunisasi.

“Di Sabah kita mengadakan program capaian di kampung dan pedalaman yang tidak ada MySejahtera sebab kawasan itu tiada akses internet langsung, malangnya usaha ini tidak berapa berkesan kerana kita kena pergi semula untuk memberikan vaksin kedua.

“Orang kampung ini maklumlah, bila kita jumpa dia ada vaksin pertama tapi vaksin kedua (dia) tidak ada, jadi saya cadangkan beri vaksin jenis satu dos kepada mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Bung Mokhtar yang berada di barisan kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut meminta bekalan vaksin di negeri Sabah ditambah, sehingga semua penduduk melengkapkan dos masing-masing.

“Kita ada rakyat tempatan, pekerja asing, pendatang tanpa izin, ada macam-macam dan sasaran utama kita memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia, jadi kalau kita (rakyat tempatan) divaksin, dia tidak, sama sahaja, tidak ada maknanya,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad