web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DUN Kedah Kembali Bersidang September

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Jul 2021 4:05PM

Muhammad Sanusi berkata penetapan tarikh itu mendapat perkenan Sultan Kedah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan kembali bersidang untuk tempoh tiga hari bermula 20 hingga 23 September depan, setelah lama berehat berikutan proklamasi darurat sejak 11 Januari lalu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penetapan tarikh itu telah diputuskan dalam mesyuarat exco hari ini dan mendapat perkenan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

“Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4, Persidangan DUN Kedah ke-14 telah ditetapkan pada 20 hingga 23 September 2021.

“Sultan Sallehuddin turut berkenan menyampaikan titah perasmian secara dalam talian dari Istana Anak Bukit,” katanya di sini, hari ini. 

Kali terakhir persidangan DUN Kedah diadakan adalah pada 15 hingga 19 November 2020 ketika Muhammad Sanusi membentangkan Belanjawan Kedah 2021.

Sementara itu katanya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersetuju dengan permintaan dibuat kerajaan negeri untuk menambah bilangan vaksin di negeri ini.

Katanya berbanding cuma 130,000 dos seminggu ketika ini, jumlah dos yang akan diterima Kedah selepas ini adalah sebanyak 220,000 dos seminggu.

“Permintaan untuk mendapat tambahan bekalan vaksin itu dibuat menerusi Mesyuarat Keselamatan Negara (MKN), dua hari lalu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bukit Malut di Langkawi setakat ini berjalan lancar dengan kerjasama semua agensi penguatkuasa.

“Penduduk kawasan itu akan didaftarkan sebagai penerima vaksin di khemah khas dalam kawasan penempatan mereka.

“Proses vaksinasi juga akan dibuat segera kepada penduduk kawasan itu,” katanya. - Getaran 28 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang