web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


15 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kedah Tuntut PM Letak Jawatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Jul 2021 3:26PM

Mohd Fadzil Zolkipli berkata tuntutan itu dibuat berikutan penderhakaan Perdana Menteri serta barisan Kabinet terhadap titah Yang di-Pertuan Agong.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kesemua 15 Ketua Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini sepakat menuntut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan bersama seluruh barisan Kabinet dan Peguam Negara, serta-merta.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Fadzil Zolkipli berkata, tuntutan itu dibuat berikutan penderhakaan Perdana Menteri serta barisan Kabinet terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membabitkan proklamasi dan ordinan darurat.

Selain itu, desakan tersebut dibuat berikutan penipuan fakta dan muslihat dilakukan bagi menyembunyikan keputusan yang memberi impak besar kepada rakyat, semata-mata demi melindungi kepentingan kerajaan.

“Anggota Kabinet bertanggungjawab melepaskan jawatan bersekali dengan Perdana Menteri atas dasar tanggungjawab bersama dan kegagalan mereka bersuara bagi menyanggah muslihat kerajaan dalam hal ini.

“Tiada seorang pun anggota Kabinet yang bersuara membantah tindakan salah kerajaan itu,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, rakyat sudah tidak menaruh keyakinan terhadap kerajaan sedia ada dan penderhakaan yang dilakukan kerajaan tidak mungkin dapat dimaafkan.

“Letak jawatan adalah jawapannya. Walaupun kesalahan itu tidak akan mendapat kemaafan dari seluruh rakyat Malaysia, namun setidak-tidaknya selamatkanlah sedikit maruah pemerintah kerajaan sekarang dengan segera melepaskan jawatan.

“Jangan sampai rakyat berarak di jalan raya kerana itu hanya akan merencatkan imej demokrasi Malaysia,” katanya. - Getaran 29 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki