web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


56 ADUN, JKPD Terima Bantuan Tambahan RM50,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 8:37PM

Hasni Mohammad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tambahan peruntukan RM50,000 akan diberikan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Johor bagi melancarkan lagi pemberian bantuan kepada rakyat memerlukan di kawasan masing-masing.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disediakan kerajaan negeri mencecah RM4.15 juta.

Menteri Besar Johor, Datuk  berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kesusahan dan kesempitan hidup rakyat, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

Menurut beliau, ia adalah tambahan kepada pelbagai inisiatif digerakkan kerajaan negeri sebelum ini, termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor.

"Pelbagai bantuan dan insentif telah diberikan menerusi pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri termasuk peruntukan khas kepada semua ADUN dan JPKD di negeri ini. 

“Sebelum ini menerusi Belanjawan Johor 2021, kerajaan negeri turut menaikkan jumlah peruntukan sebanyak tiga kali ganda kepada kepada wakil rakyat pembangkang iaitu daripada RM50,000 menjadi RM150,000,” katanya di sini hari ini.

Sebagai rekod, PRE Ihsan Johor 1.0 sebelum ini menyaksikan peruntukan kepada kesemua 56 ADUN berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Hasni berharap peruntukan tambahan itu mampu membolehkan lebih ramai rakyat terkesan dibantu ADUN dan JPKD  di kawasan masing-masing.

“Kesan dibawa pandemik COVID-19 masih dirasai sehingga hari ini dan mereka amat memerlukan serba sedikit sumbangan demi kelangsungan hidup,” katanya. – Getaran, 29 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad