web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Disangka Pengamal Ilmu Mistik Rupanya Tak Waras

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jul 2021 9:47PM

Lelaki yang dikatakan memiliki ilmu mistik ini rupa-rupanya menghidap penyakit mental.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Sehari dua ini, kecoh di media sosial mengenai kehadiran seorang lelaki misteri bertongkat menaiki kereta Proton Iswara berwarna merah.

Dia dikatakan berlegar-legar di kawasan perumahan lalu masuk ke pekarangan rumah penduduk di sini pada awal pagi, malah dikatakan mampu melepasi pintu pagar automatik yang dipasang.

Gara-gara itu, fotonya tersebar ke seluruh negara, apatah lagi apabila insiden itu dikatakan mempunyai dengan ilmu atau perkara mistik, dipercayai diamalkan warga emas berkenaan.

Namun menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah, siasatan pihak polis mendapati lelaki itu sebenarnya tidak waras dan menghidap penyakit mental.

"Susulan aduan, polis telah berkunjung ke rumah individu berkenaan. Dia jelas tidak tahu dengan apa yang dilakukannya malah berbogel di depan pasukan serbuan. 

"Isteri lelaki itu turut berada di rumah tersebut. Selain itu suspek juga mengalami masalah buah pinggang malah mempunyai tiub di perutnya berikutan penyakit dihadapi," katanya.

Kisah ‘seram’ menyelubungi lelaki terbabit tular di media sosial sejak semalam, apabila dia diberitakan mampu melepasi pagar automatik walau hanya berkain pelekat.

Terdapat juga dakwaan dia mampu menjinakkan seekor anjing besar dan garang berwarna hitam, milik seorang penduduk di situ yang sengaja dibela untuk menjaga rumah.

Adzli menambah, pihaknya telah memaklumkan kepada pengadu mengenai keadaan lelaki tersebut.

"Sehubungan itu, tiada tindakan lanjut (NFA) diambil terhadap lelaki berkenaan," katanya. - Getaran 30 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi