web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perketat SOP Di PPV Mega - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 8:04AM

Khairy berkata penerima vaksin tidak perlu lagi mengisi borang secara manual, sekali gus membantu melancarkan proses vaksinasi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) di pusat pemberian vaksin (PPV) terutamanya yang berskala mega akan diperketat dan ditingkatkan bagi mengurangkan risiko lokasi itu menjadi tempat penularan jangkitan COVID-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata selain aspek penjarakan masa dan fizikal, pihaknya juga berusaha mempercepatkan proses vaksinasi individu di dalam PPV, antaranya menerusi ciri baharu aplikasi MySejahtera iaitu borang persetujuan digital.

Menerusi pengenalan ciri baharu itu, Khairy berkata penerima vaksin tidak perlu lagi mengisi borang secara manual, sekali gus membantu melancarkan proses vaksinasi, menjimatkan masa serta mengurangkan risiko penularan COVID-19.

“Di Lembah Klang, dalam keadaan jangkitan menular secara sporadik, susah kita memastikan bahawa punca itu di tempat-tempat tertentu terutama di PPV, malah saya sedang melihat isu ini untuk kita pastikan SOP kita di PPV mega dapat diperketat dan ditingkatkan tiap-tiap hari.

“Menerusi pendekatan-pendekatan seperti itu dan mempercepatkan proses vaksinasi, saya difahamkan sekarang ini untuk dos kedua sebagai contoh, 20 minit masuk, lepas itu dengan tempoh pemerhatian 20 minit, selesai, ini akan mengurangkan masa kita berada di dalam PPV,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada program ‘Janji Temu Bersama Ras: Tangani Pandemik COVID-19 Bersama’ terbitan Bernama TV yang dihoskan Senator Datuk Ras Adiba Radzi malam tadi.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pihaknya juga mengadakan kerjasama dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bagi melaksanakan kajian sistem pengudaraan di beberapa PPV mega dalam memastikan kualiti pengudaraan berada dalam keadaan baik.

Mengulas kesesakan yang berlaku di PPV KLCC baru-baru ini, beliau berkata ia berpunca daripada penerima vaksin bukan warganegara yang datang serentak walaupun mempunyai waktu janji temu yang berbeza-beza, namun pihaknya dapat mengendalikan hal itu dalam tempoh singkat.

Sementara itu Khairy berkata operasi lonjakan kapasiti bagi meningkatkan kadar pemberian vaksinasi dan membendung penularan jangkitan akan diteruskan di kawasan lain selepas ia selesai dijalankan di Lembah Klang.

Katanya operasi lonjakan kapasiti di Lembah Klang itu merupakan yang ketiga seumpamanya dilaksanakan mengikut pendekatan kawalan wabak, kali pertama dijalankan di Labuan yang terbukti menunjukkan penurunan jangkitan dan kemasukan ke hospital.

Khairy berkata setakat ini Malaysia mempunyai kadar pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 yang agak tinggi dengan 82 peratus daripada populasi dewasa sudah membuat pendaftaran dan hanya 18 peratus masih belum berbuat demikian.

“Saya percaya mereka akan daftar apabila mereka dengar pengumuman yang bakal dibuat Perdana Menteri iaitu apakah kemudahan-kemudahan yang akan diberi kepada mereka yang telah lengkap menerima dua dos vaksin, saya tidak mahu mendahului Perdana Menteri,” katanya.

Berhubung penetapan harga siling vaksin COVID-19, Khairy berkata perkara itu akan dibincangkan beliau bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam masa terdekat ini.

“...agar tidak ada penjualan (vaksin) dibuat dengan harga terlalu tinggi, walaupun ini pasaran swasta namun vaksin ini satu barang diperlukan untuk pandemik, jadi tidak adil mana-mana pihak dapat keuntungan terlalu besar daripada penjualan vaksin ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Khairy berkata Malaysia sedang berunding dengan Kesatuan Eropah supaya menerima sijil digital vaksin MySejahtera untuk rakyat Malaysia masuk ke negara Eropah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KJ Kagum Kesediaan PM Dengar Idea Ketika Bincang Isu Ekonomi

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Saya Sudah Beri Pandangan, Muhyiddin Minta Fikir Sekali Lagi’ - KJ

3

Politik 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi PKR Keluar Surat Tawaran Keahlian Kepada Khairy

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ras Adiba Azam Terus Perjuangkan, Perkasakan Komuniti OKU

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad