web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KJ Kagum Kesediaan PM Dengar Idea Ketika Bincang Isu Ekonomi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 7:11AM

Perkara itu dilihat Khairy Jamaluddin ketika beliau mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri untuk berbincang mengenai perancangan terbaik, demi mewujudkan hala tuju ekonomi lebih kukuh - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang sangat menyedari dan mengambil berat isu struktur sedang membelenggu ekonomi negara, malah kini berusaha sebaik mungkin menanganinya.

Beliau berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga terlalu memberikan fokus kepada isu tatakelola dan tidak bersikap defensif dalam memberikan kenyataan jujur.

Perkara itu dilihat Khairy ketika beliau mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri untuk berbincang mengenai perancangan terbaik, demi mewujudkan hala tuju ekonomi lebih kukuh.

“Beliau (Anwar) menjelaskan bahawa beliau mahu bersikap jujur kepada rakyat, kalau beliau tak sentuh soal tatakelola dan kelemahan tatakelola yang berlangsung selama ini, rakyat tidak akan memahami bagaimana kita sekarang berada dalam keadaan ekonomi pada hari ini dengan hutang besar serta sebagainya.

“Bagi Anwar masalah kita adalah kelemahan dari segi tatakelola sehingga menyebabkan masalah ekonomi yang berlaku hari ini, justeru ia perlu diatasi melalui usaha untuk meningkatkan tatakelola sedia ada,” katanya.

Khairy berkata demikian pada program podcast bertajuk Keluar Sekejap dikendalikannya bersama mantan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Ujarnya, menerusi mesyuarat bersama Perdana Menteri itu baru-baru ini, beliau berpendapat bahawa isu struktur, termasuk ekonomi negara dapat ditangani selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mengulas mengenai pertemuannya bersama Anwar berhubung perbincangan hala tuju ekonomi Malaysia itu, sehingga gambar sesi berkenaan tular dan menarik perhatian ramai, Khairy berkata, kehadiranya adalah bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri untuk mendapatkan input, idea serta pandangan berhubung bidang berkenaan, bertujuan mewujudkan naratif ekonomi negara mantap.

Katanya, beliau difahamkan ia bukan perjumpaan pertama Anwar untuk membincangkan tajuk ekonomi negara, malah Perdana Menteri sudah mengadakan siri perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk penggiat industri, peniaga dan pakar bidang, cuma hanya perjumpaan mereka itu mempunyai bukti bergambar.

Sepanjang sesi pertemuan itu, katanya, beliau memberikan pandangan apa diketahui beliau.

“Ada tanya kenapa saya hadir kerana saya bukannya Menteri Kewangan atau Menteri Ekonomi sebelum ini, tapi ramai lagi yang tak tahu latar belakang saya dalam bidang ekonomi.

“Saya pernah bekerja di dalam institusi kewangan dan memang minat saya dalam ekonomi, walaupun sebelum ini saya Menteri Kesihatan, (malah) dalam perbincangan Jemaah Menteri sebelum ini pun, banyak perbincangan dan kertas Kabinet berkenaan dengan ekonomi saya mesti memberi pandangan saya,” katanya.

Justeru, Khairy berkata, beliau tidak kisah hadir memberikan pandangan kerana ia bukan soal politik, tetapi lebih kepada idea ekonomi dan ‘servis nasional’.

“Perdana Menteri panggil saya, tak kisahlah Perdana Menteri mana, siapa pun Perdana Menteri panggil kita dalam kapasiti kita sebagai bekas menteri, pemikir ekonomi dan sebagainya.

“Saya pergi, saya bagi pandangan saya, tidak ada udang di sebalik batu, tetapi yang jadi isunya PRN menghampiri, status saya pun masih lagi sebagai pemain bebas, tidak ada mana-mana pasukan, kita masih lagi dalam tingkap transfer, saya pun tengah cari kelab jadi inilah yang menjadi spekulasi,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata, sebelum tamat mesyuarat yang berlangsung satu jam setengah berkenaan, Perdana Menteri memaklumkan mungkin akan memanggil semula pasukan mantan Ahli Parlimen Rembau terbabit, dalam tempoh sebulan selepas pertemuan pertama untuk melihat draf naratif ekonomi MADANI, seterusnya bagi membolehkan input tambahan diberikan.

Pasukan terbabit, katanya, terdiri daripada beliau; mantan Menteri Kewangan Ke-2, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan beberapa pakar ekonomi.

Malah, Khairy berkata, beliau sekali lagi memberi kredit kepada Perdana Menteri kerana banyak mendengar serta betul-betul menghayati idea dan pandangan.

“Kami bertiga senaraikan banyak isu dan cadangan untuk dimasukkan ke dalam naratif ekonomi MADANI. Saya sebenarnya kagum dengan kesediaan Perdana Menteri untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pihak,” katanya. – Getaran, 22 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi