web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAS Siasat Dakwaan Sungai Kim Kim Tercemar, Berbau Dan Hitam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 8:16AM

Seorang pegawai JAS mengambil gambar Sungai Kim Kim. - Gambar dari Facebook JAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan siasatan berhubung aduan daripada orang ramai mendakwa bahawa Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, di sini tercemar dengan berbau busuk dan air sungai berwarna hitam pada 28 Julai lepas.

JAS dalam kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook berkata pasukan Unit Penguat kuasa Industri JAS yang menjalankan siasatan mendapati air sungai itu berwarna hitam selain mengesan bau busuk seperti mana aduan diterima dan telah mendapatkan butiran maklumat kejadian daripada penduduk sekitar untuk memperkemas siasatan.

Menurut JAS, pasukan daripada Cawangan Pasir Gudang pada masa sama telah meneliti sekitar kawasan sungai itu pada Khamis (29 Julai) dan pemantauan melalui dron dijalankan bagi mengenal pasti punca yang boleh disyaki menyebabkan pencemaran tersebut.

“Pengukuran kualiti air sungai juga telah dijalankan oleh Unit Pengawasan dari JAS Johor di beberapa lokasi di sepanjang sungai tersebut.

“Siasatan awal mendapati pencemaran disyaki berpunca daripada pelepasan air sisa daripada premis bukan industri yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sehingga menyebabkan air sisa tanpa dirawat mengalir memasuki sungai berhampiran,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, JAS meminta premis terbabit menjalankan langkah pembaikan segera dan Pihak Berkuasa Tempatan dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

Menurut kenyataan itu persampelan juga telah dijalankan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tindakan selanjutnya di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1974. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Cemar Sungai Kim Kim, Pemandu Lori Didenda RM100,000, Syarikat Didenda RM320,000

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Aduan Pembakaran Terbuka Di Kelantan Meningkat Hampir 80 Peratus - JAS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad