web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nenek, Cucu Ditahan, Dadah RM90,000 Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 9:39PM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Superintendan Zulkiflee Rashid menunjukkan barangan dilucut hak dan dadah dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga suspek termasuk cucu dan nenek dalam serbuan di Taman Seri Bayu, Alor Gajah pada Khamis.

Kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di taman perumahan sama antara jam 6 hingga 6.45 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, serbuan awal pagi itu dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Alor Gajah.

“Dalam serbuan pertama pada jam 6 pagi, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan merampas enam paket plastik lutsinar mengandungi bahan dipercayai heroin dengan anggaran berat lebih 500 gram serta 18 paket disyaki syabu seberat dua kilogram.

“Kesemua dadah itu yang beratnya lebih 2.7 kilogram dianggarkan bernilai RM86,000 dan dikatakan boleh digunakan oleh 6,200 penagih,” katanya.

Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah di Taman Seri Bayu, Alor Gajah.
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah di Taman Seri Bayu, Alor Gajah.

Susulan serbuan, polis jelas Zulkifle, menahan dua lagi suspek iaitu seorang nenek dan cucunya di taman sama, 45 minit kemudian.

“Wanita berusia 65 tahun itu dan cucunya yang berumur 21 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek pertama,” katanya.

Menurut beliau, dadah yang dirampas itu dipercayai untuk kegunaan penagih sekitar negeri ini dan suspek dipercayai mula bergiat aktif kira-kira tiga bulan lalu.

“Semakan lanjut dijalankan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau bersabit dadah dan jenayah 

“Ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek pertama positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Mengulas lanjut Zulkiflee berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Tindakan turut diambil dibawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988 terhadap kesemua suspek dengan nilai sitaan berjumlah lebih RM24,782 membabitkan motosikal, motokar serta barangan kemas,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut