web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPV Meriah Kehadiran Penerima Suntikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 9:37PM

Kelihatan ramai penerima vaksin sedang menunggu untuk mendaftar sebelum menerima suntikan. - Gambar oleh Saddiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Beli-belah Tropicana Gardens mula menjadi tumpuan selepas dikatakan ‘sunyi’ tanpa kehadiran penerima untuk mendapatkan suntikan masing-masing secara ‘walk-in’.

Menurut pihak pengurusan, 1,800 individu ‘walk-in’ diterima di PPV tersebut setakat jam 1.00 tengah hari tadi.

“Bagi hari ini, kami jangkakan penerima vaksin secara ‘walk-in’ kepada 2,000 individu, namun setakat tengah hari sudah lebih 1,800 orang untuk vaksinasi secara ‘walk-in’.

“Keadaan di PPV hari ini secara ‘walk-in’ amat memuaskan kalau dibanding semalam, dan kami amat mengalu-alukan orang ramai yang masih belum dapat tarikh vaksin untuk ‘walk-in’ terus ke PPV yang terdekat bagi menerima vaksin masing-masing,” katanya kepada Getaran.

Penerima vaksin sedang menjalani proses pemantauan sebelum dibenar pulang. - Gambar oleh Sadiq Asyraf
Penerima vaksin sedang menjalani proses pemantauan sebelum dibenar pulang. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Seorang penerima Ruthravathy Tenaigaran, 27, berkata, dia mengetahui program itu daripada rakan-rakan melalui aplikasi WhatsApp dan yakin, inisiatif seperti itu dapat mempercepatkan lagi sasaran kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok.

“Sebenarnya saya sudah menerima temu janji vaksin saya pada minggu lalu setelah mendaftar di MySejahtera pada bulan Mei lalu, namun memilih untuk datang secara ‘walk-in’ hari ini kerana temu janji yang saya terima jauh dari tempat tinggal saya.

“Saya rasa sangat bagus (tanpa janji temu) sebab program ini mempercepatkan vaksinasi kepada masyarakat, malah tidak sampai satu jam setengah sudah siap (vaksin),” katanya ketika ditemui.

Terdahulu melalui media sosial, orang ramai yang belum divaksin diminta hadir ke pusat beli-belah itu untuk mendapatkan suntikan mereka di bawah Program Vaksin Selangor (SelVax).

SelVax adalah program pra-pendaftaran untuk meningkatkan lagi pemberian vaksinasi kepada seluruh rakyat di negeri Selangor.

Program berkenaan diberikan percuma kepada penduduk Selangor berusia 18 tahun ke atas dan orang ramai perlu memuat naik aplikasi SeLangkah untuk membuat pendaftaran. - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: 234 PPV Tersedia Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka