web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Sempat Ambil SPM, Remaja Dirempuh Kereta Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 2:35PM

Seorang remaja meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Dunlop, Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang parah akibat kemalangan jalan raya kelmarin disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Besar Tawau (HBT), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan Muhammad Syazwidullah Andrew Quek, 17, meninggal dunia kira-kira jam 11.05 pagi, semalam, dipercayai akibat kecederaan parah termasuk pendarahan pada bahagian kepala.

"Motosikal ditunggang mangsa merempuh sebuah kenderaan jenis Nissan Almera di Jalan Dunlop, di sini, kira-kira jam 8.05 malam kelmarin.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada pemandu kenderaan terbabit yang keluar dari simpang secara melulu," katanya kepada Getaran.

Mangsa yang berada di jalan lurus tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian pintu belakang kenderaan terbabit.

Menurut Peter, mangsa tercampak akibat rempuhan tersebut.

"Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala selain patah kaki kanan dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

"Remaja berkenaan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia 15 jam kemudian," katanya.

Sehubungan itu, polis menahan pemandu Nissan Almera, lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 RM20,000, jika sabit kesalahan. – Getaran, 6 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut