web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Industri Pembinaan Tempatan Perlu Aktif Wujud Peluang - Hasni

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 2:39PM

Hasni menunjukkan nombor yang dicabut ketika membuat cabutan undi secara maya untuk kerja penyelenggaraan jalan di seluruh negeri Johor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Industri pembinaan negeri perlu aktif mewujudkan peluang dan pendedahan kepada rakyat tempatan, bagi memastikan penggantungan kepada tenaga buruh asing dapat dikurangkan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, inisiatif Program Kongsi Kerja yang dilancarkan bakal menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan impak positif terhadap golongan kontraktor negeri ini.

“Program Kongsi Kerja adalah salah satu inisiatif oleh Johor Centre for Construction Development (JCCD) sebagai anak syarikat milik penuh kerajaan negeri, yang juga sebuah konsesi.

“Ia bertujuan bagi memberi peluang lebih baik kepada kontraktor di negeri ini untuk turut terlibat dalam kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan di negeri ini,” katanya di sini hari ini. 

Menurut beliau, program berkenaan diyakini dapat memberi impak positif kepada kontraktor G1 dan G2, pembekal serta penduduk sekitar, malah membantu membangunkan semula ekonomi negeri.

Terdahulu, beliau menyempurnakan proses cabutan undi secara maya bagi kerja penyelenggaraan jalan di seluruh negeri, menerusi Program Kongsi Kerja yang dilancarkan di Bangunan Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini.

Menurut Hasni, pengagihan pakej kerja kepada kontraktor Johor yang berdaftar di bawah JCCD akan dilaksanakan secara undian dengan nilai keseluruhan program itu dianggarkan berjumlah RM44.4 juta. 

“Sebanyak 396 pakej akan diperuntukkan bagi kerja penyelenggaraan jalan di seluruh negeri ini.

“Program ini juga dibahagikan kepada empat fasa dengan fasa pertama akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru, manakala fasa seterusnya di beberapa daerah lain,” jelasnya. 

Hasni menarik perhatian, kerajaan negeri menerusi JCCD juga mewujudkan inisiatif Skim Kerja Harian (SKH) secara one-time bagi individu yang terkesan akibat pandemik COVID-19. 

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, ramai yang hilang pekerjaan atau diberhentikan kerja dan inisiatif ini dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Johor yang terkesan, menjadi tenaga kerja mahir dan bukan mahir,” katanya. 

Pada masa sama Hasni berkata, kerajaan negeri juga akan  memastikan lebih ramai kontraktor di negeri ini berada pada tahap kompetensi yang tinggi daripada segi kelayakan teknikal, pengurusan kewangan dan pengalaman kerja.

Katanya, ia bagi memastikan industri pembinaan dapat melahirkan kontraktor yang berwibawa dalam pelbagai bidang. - Getaran, 9 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut