web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasat Pesuruhjaya SUHAKAM, PDRM Terima Kritikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 4:17PM

Penunjuk perasaan yang turut serta dalam Perhimpunan #Lawan pada 31 Julai. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Langkah pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil beberapa Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi soal siasat atas kehadiran mereka dalam perhimpunan #Lawan di Kuala Lumpur 31 Julai lalu mengundang kritikan, apabila disifatkan sebagai bertindak di luar batas.

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) berkata, kumpulan Pesuruhjaya berkenaan hanya menjalankan tugas mereka untuk memantau perhimpunan awam, seperti yang termaktub di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.

“Bagi menjalankan fungsinya, SUHAKAM diberi mandat di bawah akta penubuhannya untuk menjalankan kuasa, termasuk melaksanakan aktiviti yang diperlukan, meliputi pemantauan terhadap situasi hak asasi manusia dalam negara.

“Dalam konteks ini, SUHAKAM telah berada di perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ pada 31 Julai 2021 baru-baru ini, selari dengan fungsinya untuk memantau perhimpunan awam,” jelas PROHAM di sini hari ini.

Menurut persatuan itu, kehadiran kumpulan Pesuruhjaya berkenaan hanya bagi menjalankan tugas, sesuai peranan sebagai pemantau.

“Kerajaan perlu memenuhi apa yang dijanjikan selama ini serta membiarkan SUHAKAM menjalankan tugas mereka dengan telus dan bebas.

“Antara fungsi SUHAKAM adalah melihat jika wujud aduan berhubung perlanggaran hak asasi manusia.

“Mereka wajar dipuji kerana menjalankan tanggungjawab dengan baik, sesuai dengan mandat diberikan,” katanya. - Getaran, 9 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka