web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hina MB Kedah, Warga Emas Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 9:57PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang warga emas ditahan kerana disyaki menghina Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor di laman sosial baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah berkata, lelaki tersebut yang berusia 61 tahun ditahan di sebuah rumah di Lenggeng, Negeri Sembilan. 

Selain itu katanya, sebuah telefon bimbit turut dirampas untuk membantu siasatan. 

"Satu laporan polis dibuat Pegawai Khas Menteri Besar selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Merbok semalam, berikutan tindakan lelaki tersebut yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesan terhadap Muhammad Sanusi di laman sosial Facebook.

"Hasil siasatan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda membawa kepada penahanan seorang warga emas berusia 61 tahun di rumahnya di Lenggeng, Negeri Sembilan kira-kira pukul 3.57 pagi tadi," katanya di sini, hari ini. 

Menerusi video berdurasi lebih sembilan minit dipaparkan di laman Facebook Kamal Hero Malaya Kedah, lelaki itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Tok Abah, mengecam Muhammad Sanusi berhubung tindakan kontroversinya yang berjenaka mengenai kontena penyimpanan mayat di Kedah, baru-baru ini.

Sambil melemparkan beberapa perkataan kurang manis terhadap Muhammad Sanusi, warga emas itu turut berulang kali memberikan nombor telefonnya sambil mencabar mana-mana pihak untuk menghubunginya jika tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dilafazkan. 

Mengulas lanjut Adzli berkata, semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau yang masih disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 

"Permohonan reman telah dipohon di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret Sungai Petani. Suspek akan diberi jaminan polis setelah keterangan diambil," katanya. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya. 

Katanya, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, individu berkenaan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil pula katanya, individu berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100. 

"Untuk Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali," katanya. - Getaran 9 Ogos 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi