web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dine In Di Perak Kurang Sambutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 6:00PM

Kebanyakan pelanggan lebih selesa membungkus makanan daripada dine in di kedai makan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kelonggaran aktiviti harian dine in di kedai makan di negeri ini bagi penerima lengkap dos vaksin COVID-19 kurang mendapat sambutan pada hari pertama pelaksanaannya hari ini.

Tinjauan Getaran di beberapa lokasi kedai makan popular di negeri ini antaranya di Medan Selera Dato’ Sagor dan beberapa restoran mamak mendapati, kebanyakan kedai belum menawarkan perkhidmatan itu.

Selain itu, kebanyakan pelanggan juga dilihat lebih selesa membeli makanan yang dibungkus berbanding dine in di kedai.

Seorang kakitangan swasta, Zabidi Ibrahim, 54, berkata, dia yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin masih belum berani untuk makan di kedai memandangkan kes jangkitan di seluruh negara masih tinggi.

“Walaupun saya sudah divaksin namun virus ini masih boleh menjangkiti dan disebabkan itu saya tidak berani untuk makan di luar, saya lebih selesa bungkus dan makan di rumah.

“Lebih membimbangkan virus ini tidak nampak dan adakah pengendali kedai makan sudah divaksin? SOP (prosedur operasi standard) yang dikeluarkan kerajaan hanya mensyaratkan pelanggan sudah menerima dua dos dan bukannya pengendali makanan,” katanya.

Bagi Syahidatul Nazirah Zulkarnain, 30, pula, pembukaan dine-ini itu sememangnya membantu sektor ekonomi peniaga kecil kedai makan.

Namun, dia berpendapat kerajaan seharusnya mengetatkan lagi SOP bagi pembukaan aktiviti dine-in di kedai makan.

“Memang kelonggaran dine in membantu sektor ekonomi, namun perlu ada satu SOP khusus bagi mengawal daripada berlaku jangkitan di kedai makan.

“Walaupun pelanggan sudah divaksin, namun ia masih boleh menjadi pembawa, ini yang membimbangkan,” katanya. - Getaran, 10 Ogos 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka