web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rasuah Sepanjang Bertugas, Bekas Datuk Bandar MBIP Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 11:58AM

Suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) ditahan reman tiga hari sehingga Jumaat, bagi membantu siasatan terhadap pertuduhan rasuah dihadapinya.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. 

Dia sebelum itu ditahan ketika hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Batu Pahat sekitar jam 3 petang semalam bagi memberi keterangan.

Menurut SPRM Johor, siasatan dijalankan mendapati suspek menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek yang dilaksanakan di bawah kendalian MBIP sewaktu masih bergelar Datuk Bandar. 

Siasatan ke atas suspek yang kini bertugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sebanyak lima kali nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana lebih tinggi dan penjara sehingga 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan tangkapan itu. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad