web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Exco Kedah Langgar SOP Disiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 7:46AM

Tular di media sosial gambar Wan Romani menikmati hidangan bersama dua individu di sebuah kampung hingga mencetuskan pelbagai persepsi daripada orang ramai. - Gambar dari Facebook Wan Romani Wan Salim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang exco kerajaan negeri bersama beberapa individu lain kerana disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, siasatan itu dilakukan setelah pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut. 

Katanya, gambar melibatkan exco berkenaan didapati tular di media sosial hingga mengundang pelbagai persepsi serta komen negatif netizen. 

"Ekoran laporan diterima, siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 11 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar meminta pihak yang dapat membantu siasatan atau mempunyai sebarang maklumat mengenainya supaya berhubung dengan pegawai penyiasat iaitu ASP Wan Norawiha Wan Endut di talian 017-4218685," katanya. 

Sejak dua hari lalu, tular di media sosial gambar Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Wan Romani Wan Salim menikmati hidangan bersama dua individu di sebuah kawasan kampung. 

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar turut memuat naik gambar tersebut di laman sosialnya sebelum ini namun dipadam dengan alasan tidak mahu memanjangkan kes itu. - Getaran 12 Ogos 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang