web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1MDB Belum Dapat Serah Saman US$3.7837 Bilion Kepada Jho Low, 5 Individu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 5:52PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum dapat menyerahkan writ saman US$3.7837 bilion kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, ahli keluarga dan rakan sekutunya.

Pada 6 Julai lepas, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap Jho Low, ayah dan ibunya Tan Sri Larry Low Hock Peng dan Puan Sri Goh Gaik Ewe, kakaknya May Lin, adik lelakinya Taek Szen serta rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.

Seorang peguam Tetuan Skrine, yang mewakili 1MDB, berkata pihaknya cuba menyerahkan writ saman kepada kesemua defendan namun gagal kerana mereka tidak berada di alamat terakhir masing-masing.

Beliau berkata berdasarkan writ saman itu, alamat terakhir keluarga Jho Low ialah di Pulau Pinang manakala Kim Loong di Kepong di sini.

“Mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 14 September ini untuk mengetahui status serahan writ saman berkenaan,” kata peguam itu ketika dihubungi pemberita melalui aplikasi WhatsApp selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Afidah Idris hari ini.

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut US$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing US$41 juta, US$397 juta, US$608 juta dan US$1.9 bilion daripada Jho Low dan Kim Loong serta US$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut US$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Kim Loong serta US$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Kim Loong.

Plaintif turut menuntut US$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta US$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain US$25.5 juta daripada Jho Low, Kim Loong, Hock Peng dan Taek Szen.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa mereka dimanipulasi oleh sekumpulan individu termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Jho Low untuk memfasilitasikan penipuan yang berskala besar dan berjangka panjang, menyebabkan berbilion-bilion ringgit telah dilesapkan.

“Semasa melaksanakan penipuan tersebut, pelbagai pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari telah dilakukan oleh Najib, ahli-ahli lembaga pengarah dan pasukan pengurusan kanan plaintif-plaintif.

“Dana dan aset kesemua plaintif yang telah dipindah kepada defendan-defendan telah dilesapkan dengan pengetahuan kesemua defendan secara pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari," menurut penyataan tuntutan itu.

Plaintif mendakwa Najib telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan beliau untuk melindungi dirinya serta menyembunyikan penipuan terhadap mereka antara lain bagi menghalang usaha menyiasat dan membongkarkan bukti berkaitan penipuan serta salah laku terhadap plaintif di Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut